Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat
'Evangelis' Yeo Bee Yin berubah angin ke Johor

Pengumuman ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin untuk meninggalkan negeri Selangor amat memeranjatkan semua pihak. Yang lebih mengejutkan lagi Yeo Bee Yin membuat keputusan untuk beralih arah ke Johor dan bertanding di kerusi Johor.

Bangsa Johor perlu tahu dan sedar bahawa kroni-kroni DAP sudah mula melancarkan serangan untuk 'menghuru-harakan' negeri Johor. Yang lebih membimbangkan saya, jika kewujudan Yeo Bee Yin hanya sekadar 'menghuru-harakan politik' di Johor ia tidak menjadi satu masalah besar.

Tetapi apa yang menakutkan apabila wujud dakwaan Yeo Bee Yin di Johor akan menjadi 'kucar-kacir' jika Yeo Bee Yin menggunakan sentimen agama. Kita sedia maklum bahawa Yeo Bee Yin ialah seorang penganut agama Kristian yang tegar dan didakwa sebagai ‘Evangelis’.

Jadi, terselit rasa keraguan saya terhadap Yeo Bee Yin berhubung keputusannya untuk bertanding di Johor. Ia sudah pasti akan memberi satu tamparan yang hebat kepada rakyat Johor.

Adakah Yeo Bee Yin bertanding di Johor demi negeri kelahirannya atau hanya semata-mata untuk melebarkan dakyah Kristian?

Dakwaan ucapan Yeo Bee Yin

Jika diteliti ucapan-ucapan Yeo Bee Yin sebelum-sebelum ini, terdapat beberapa kemunsykilan dan mengundang tanda tanya yang besar.

Misalnya ucapan Yeo Bee Yin yang didakwa menyatakan “It took 52 days to rebuild the walls of Jerusalem instead of 100. All it takes is one person to answer the call”.

Persoalannya adakah terdapat maksud lain daripada ucapan ini?

Tiada niat untuk saya menimbulkan sentimen kebencian agama antara kaum atau lebih-lebih lagi mewujudkan slogan anti-kristian di Johor.

Namun, sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai anak Johor untuk memberi peringatan kepada rakyat Johor yang lain.

Namun, menjadi tanda tanya juga kenapa sudah sekian lama Yeo Bee Yin bertanding di Selangor, baru sekarang mengambil keputusan untuk bertanding di Johor?

Mengikut pemerhatian saya, hanya ada satu sebab sahaja mengapa Yeo Bee Yin dan DAP ingin menakluk Johor.

Sebabnya adalah kerana negeri Johor kini semakin maju daripada segi pembangunan dan ekonominya. Jadi mudah untuk Yeo Bee Yin meneruskan legasi yang telah dibangunkan hasil titik peluh kerajaan negeri Johor.

Kesimpulannya, sebagai rakyat Johor kita seharusnya bertanggungjawab mempertahankan negeri Johor ini agar tidak jatuh ke dalam tangan orang yang salah. Hal ini kerana mereka akan menggunakan apa-apa sahaja cara untuk membeli ‘jiwa’ rakyat agar rakyat berpihak kepada DAP. Jadi apa-apa pun rakyat perlu berwaspada.

 


 

DHIA HANI ialah anggota Persatuan Pemikir Muda Johor.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
 

Lihat Komen
ADS