Umno jangan peralatkan Mawi
Umno nampaknya semakin terdesak dalam menghadapi pilihanraya kecil DUN Pengkalan Pasir. Terpaksa menggunakan Mawi untuk memeriahkan majlis sambutan Aidil Fitri yang akan dihadiri oleh Datuk Najib Tun Razak pada hari Khamis lalu.
Mawi mahu dijadikan senjata awal pilihanraya kecil ini. Dan tindakan Umno bahagian Pasair Mas itu memberi gambaran bahawa Mawi sama-sama berkempen untuk Umno.
Saya amat kesal dengan tindakan politik murahan mereka ini yang cuba merosakkan imej Mawi sebagai penghibur semua orang dan tidak berpihak keatas mana-mana parti politik sepertimana yang telah diperjelaskannya.
Persoalan pertama yang ingin saya nyatakan di sini ialah kenapa konsert diadakan di dalam tempoh hampirnya pilihanraya kecil ini? Dan kenapa juga diadakan di Pasir Mas yang letaknya DUN Pengkalan Pasir?
Dan persoalan kedua, adakah Kelab Mawi tidak menyedari tarikh persembahan yang bakal diadakan di masa terdekat ini? Adakah pihak pengurusan Mawi tidak sedar apa yang sedang berlaku di Pasir Mas?
Suka saya mencadangkan kepada Mawi dan kawan-kawan lain yang digelar penghibur agar tidak melibatkan diri dalam keadaan sekarang dan tunggulah hingga tempoh pilihanraya kecil ini selesai.
Bagi peminat Mawi pula saya mencadangkan berhati-hati supaya tidak terperangkap dalam perangkap Umno.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.