Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak merakamkan rasa syukur atas kepercayaan yang diberikan kepada anggota kabinet baru menjadikan Pakatan Harapan (HARAPAN) sebuah gagasan politik yang membuka dimensi baru kepada negara.

Sekalung tahniah juga diberikan kepada barisan kabinet atas pelantikan tersebut. AMANAH Perak menyambut baik pemilihan anggota kabinet yang diyakini mampu memacu pembangunan insan dan negara.

AMANAH Perak memberi sokongan penuh atas pemilihan yang bersifat menyeluruh dan menepati aspirasi serta falsafah HARAPAN ditubuhkan.

Sehubungan itu, diharap tiada berlaku perumpamaan yang menyebut, rumah siap pahat berbunyi.

AMANAH Perak berbangga kerana menyumbangkan dua anggota parlimen bagi membentuk kabinet sekarang, iaitu Datuk Dr Mujahid Yusof - yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri - dan Dr Mohd Hatta Ramli (Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan).

Ini merupakan satu pengiktirafan besar kepada AMAMAH Perak.

Semoga pelantikan kedua-dua mereka ini akan memberi makna baru kepada rakyat tentang harapan dan masa hadapan. Barisan kabinet baru ini akan melaksanakan amanah dengan penuh hikmah.


DR MUHAIMIN SULAM ialah naib pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS