Paling Popular
Terkini
story images
story images

Saya terpanggil untuk memberi komen berhubung pelantikan Tan Sri Rahim Noor sebagai fasilitator keamanan di selatan Thailand bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Zamzamin Hashim.

Umum mengetahui bahawa Tan Sri Rahim pernah disabitkan bersalah oleh mahkamah atas pertuduhan jenayah dengan sengaja mencederakan bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam keadaan beliau digari.

Akibat perbuatannya itu, kemarahan rakyat terutama orang orang Melayu kepada kerajaan ketika sampai ke kemuncaknya dan menyemarakkan lagi gelombang reformasi 1998.

Beliau juga amat diingati oleh setiap rakyat Malaysia sebagai seorang yang mencemarkan imej Polis Diraja Malaysia secara khusus dan imej kerajaan secara am.

Beliau sebagai seorang pegawai kanan tertinggi dalam pasukan polis wajib melayan seseorang tahanan dengan layanan yang sewajarnya, bukan dengan secara kejam mencederakan tahanan yang bergari.

Justeru tindakan melantik beliau sebagai fasilitator keamanan amatlah bertentangan dengan imej beliau walaupun digambarkan beliau sebagai seorang yang berjasa dalam Perjanjian Hat Yai 1989.

Saya amat pasti keberhasilan kerajaan menamatkan sengketa dengan Parti Komunis Malaya ketika itu bukan hasil usaha beliau bersendirian.

Oleh yang demikian saya mendesak kerajaan persekutuan menimbang semula pelantikan beliau.

Saya berpandangan ada orang lain yang lebih diyakini intergritinya boleh dipilih untuk diberikan kepercayaan memikul tanggungjawab tersebut


SYAMSUL FIRDAUS MOHAMED SUPRI ialah anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS