Paling Popular
Terkini

Saya dan seluruh warga Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Malaysia (PPTD) ingin merakam ucapan penghargaan dan terima kasih kepada yang berbahagia Tan Sri Dr Ali Hamsa kerana telah berbakti sebagai ketua setiausaha negara yang ke-13 dan penasihat PPTD sejak 2012 hingga 2018.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas pengorbanan Tan Sri kerana mencurahkan khidmat bakti dan sokongan untuk negara, perkhidmatan awam dan PPTD.

Kami, seluruh warga PPTD mendoakan semoga Tan Sri keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat lagi afiat serta dipermudahkan segala urusan jua.

Jasa dan pengorbanan Tan Sri akan tetap dikenang.


DATUK DR AHMAD JAILANI MUHAMED YUNUS ialah presiden Persatuan Perkhidmatan Tadbir Dan Diplomatik Malaysia.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

 

Lihat Komen
ADS