Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat

Sebenarnya pemikiran yang mahu dibawa oleh menteri agama era Malaysia Baru Dr Mujahid Yusof Rawa bukanlah sama seperti pemikiran pimpinan yang lain.

Ada yang mirip tetapi tidak ramai.

Cuba orang awam menyelak buku Islam Bukan Agama Terorisme yang ditulis beliau, sisi yang berlainan dirakamkan dalam tulisannya itu berkaitan isu Syria.

Ia berbeza dengan yang sering dipetik orang agama dalam negara ini.

Saya juga percaya kalau ramai Melayu-Muslim yang membacanya secara literal pasti ada yang akan menghukum beliau mengikut mazhab bukan Sunni.

Itu yang membacanya secara literal, belum lagi yang tidak membacanya, apatah lagi yang malas membaca.

Sebab itu saya menyokong usahanya. Dalam mengimbangi tuntutan adat, budaya dan "isme" ilmiah, ia menjadi tabu kepada yang mereka yang tepu dengan amalan tradisi.

Maka Dr Mujahid akan berhadapan dengan pelbagai tentangan mereka yang punya akal dan tidak.

Sebenarnya bukan menjadi masalah jika budaya perbincangan akademik diterapkan kepada rakyat tanpa mengira latar pendidikan serta demografi mereka.

Yang penting mereka berhak bersuara dan juga berhak menerima jawapan.

Memetik sedikit ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini dalam sebuah program di Dewan Bahasa Pustaka, keresahan itu perkara biasa untuk mereka tidak selesa.

Tinggal lagi bagi meredakan keresahan itu maka isu atau perbincangan itu perlu diangkat sebagai sesuatu yang wajar didiskusikan bukan ditutup dengan makian.

Membaca pula helaian awal naskhah buku Metafisika Iqbal; Penghantar untuk Memahami The Reconstruction of Religious Thought in Islam memberikan gambaran betapa penulisan berbentuk idea itu kekal dibincangkan sepanjang zaman berbanding hanya memenuhi tuntutan realiti semasa semata-mata.

Ya, benar jika bicara perihal idea memungkinkan kita digelar sebagai idealis.

Namun dampak yang kita mahu terjemahkan mungkin tidak terkesan pada generasi kita tetapi lebih akan dinikmati oleh generasi cucu dan cicit kita.


MUHAMMAD SYAFIQ AZMI ialah mantan ketua Pemuda AMANAH Melaka dan kini menjadi anggota DAP.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS