Tindakan keatas Tribune agak lembut
Saya merujuk kepada artikel Tribune: Why punish all because of one? tulisan Dr Jacob George.
Keprihatinan beliau boleh dipuji kerana mengutarakan masalah yang bakal dihadapi oleh lebih 300 pekerja Sarawak Tribune. Kesungguhan beliau membela golongan ini harus dihormati dan disanjung tinggi.
Tapi apa yang mungkin beliau lupa, sekiranya tiada tindakan bersungguh-sungguh oleh pihak kerajaan, Malaysia secara keseluruhannya akan menanggung akibat. Bayangkan sekiranya negara-negara Islam lain bertindak memboikot semua barangan dari Malaysia sepertimana yang dilakukakan terhadap Denmark. Berapa banyakkah syarikat dan berapa ramaikah pekerja yang bakal menanggung kerugian? Bukan angka 300 lagi yang dipertaruhkan di sini, tetapi boleh menjangkau ratusan ribu.
Saya melihat tindakan menggantung Sarawak Tribune oleh Perdana Menteri adalah hukuman yang agak lembut dan dibuat dengan mengambilkira semangat mesra-akhbar sedangkan tindakan menutup terus boleh diambil.
Fikirkanlah...

