Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

Kenaikan 30 sen pertama : Apa langkah yang puan ambil untuk berjimat cermat selepas kenaikan harga minyak?

Jawapan : Kita perlu ubah cara hidup. Kalau dulu saya selalu makan luar, sekarang saya masak dirumah

Kenaikan 30 sen kali kedua : Apa langkah yang puan ambil untuk berjimat cermat selepas kenaikan minyak.?

Jawapan : Kita perlu ubah cara hidup. Kalau dulu saya masak 3 kali sehari , sekarang saya cuma masak sekali sehari.

Kenaikan 30 sen kali ketiga : Apa langkah yang puan ambil untuk berjimat cermat selepas kenaikan minyak?

Jawapan : Kita perlu ubah cara hidup. Kalau dulu saya masak 1 kali sehari, sekarang saya masak 3 hari sekali.

Kenaikan 30 sen kali keempat : Apa langkah yang puan ambil untuk berjimat cermat selepas kenaikan minyak?

Jawapan : Kita perlu ubah cara hidup. Kalau dulu saya masak 3 hari sekali, sekarang saya masak seminggu sekali.

Maka sesuailah cerita Pak Pandir dan Si Luncai menjadi cerita penglipur lara dari dahulu hinggalah sekarang. Pak Pandir anaknya dah mati pun masih tak sedar. Si Luncai dah terjun dengan labu-labu pun pengawal masih tak sedar.

Maka begitu tinggi pengajian saikologi orang dahulu kala terhadap sikap orang Melayu.

Sedangkan sekarang ini pun ada masyarakat yang hanya masak se kali sehari, ada yang masak dua kali sehari bukan kerana kesibukan tugas tetapi kerana ketidakmampuan.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS