Loh, Pemuda perlu hujah secara ilmiah
Saya merujuk kepada berita Isu agama: Pemuda Umno beri 'kata dua' pada MP Kelana Jaya .
Loh tidak perlu pertikai tentang pembacaan doa kerana apabila berada dalam satu majlis yang majoritinya Muslim, kami digalakkan membaca doa agar majlis lebih diberkati Allah. Jika ada non-Muslim dalam majlis itu, mereka tidak disuruh membaca doa tetapi sekadar diam sebagai tanda hormat.
Tndakan Pemuda Umno "menyerang" Loh memang tidak wajar kerana itu bukan akhlak seorang Muslim tetapi lebih menurut kehendak emosi.
Bagi saya, Loh dan Pemuda Umno perlu berhujah secara ilmiah dalam hal ini. Jangan bercita-cita hendak mendari juara sesuatu kaum. Janganlah menurut emosi kerana yang akan menerima akibat adalah rakyat bawahan seperti saya.
Jika berlaku apa-apa, selalunya ahli-ahli politik yang akan lari keluar negara meningalkan kami rakyat yang menaggung azab dan derita.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.