Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat
‘Masuk wang ke akaun kerajaan negeri, itu namanya royalti’

Kenapa kerajaan negeri Kelantan menipu rakyat dan mendiamkan diri, walaupun Kerajaan Persekutuan telah membuat bayaran royalti 5 peratus kepada kerajaan megeri sejak 21 Februari 2019 lagi.

Terengganu lebih jujur.

Berikut adalah nilai sebenar jumlah diterima dan tarikh penerimaan;

• 21hb Feb 2019 - RM9,467,277.56

• 26hb Mac 2019 - RM3,155,759.19

• 18hb Sep 2019 - RM 15,749,561.50

Jumlah keseluruhan: RM28,372,598.25

Kerajaan negeri sepatutnya jujur dan berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan, bukannya mempolitikan isu ini kononnya ia pemberian “wang ehsan”, sedangkan duit itu adalah wang royalti 5 peratus yang disalurkan terus ke akaun kerajaan negeri Kelantan mengikut Perjanjian Kelantan - Petronas 1976.

Wang ehsan berbeza dengan wang royalti, kerana disalurkan ke Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) sewaktu zaman kerajaan dinosaur BN dulu, ia melanggari perjanjian.


SYAM GHAZ ialah aktivis kumpulan Royalti Malaysia dan Royalti Kelantan.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS