Jadikan NTV7 khas untuk Sabah, Sarawak
Jurang perbezaan antara orang Semenanjung dan Sabah dan Sarawak mungkin lebih rapat seandainya rancangan awal untuk menjadikan NTV7 sebagai saluran yang mengabungkan penduduk Semenanjung dan kedua negeri tersebut dilaksanakan.
Malangnya janji tinggal janji, tuanpunya syarikat - kini menteri kabinet - telah menjual NTV7 kepada Media Prima dan mimpi kaum Sarawak tinggal mimpi sahaja.
Nampak sangat kesemua media, terutamanya media TV, kelam kabut dalam memberi liputan propaganda pilihanraya negeri. Alangkah senang jika NTV7 di guna sebagai media khas untuk Sabah dan Sarawak.
Banyak masalah dan prasangka rakyat boleh diatasi sempena pilihanraya negeri. Masih belum terlambat. Janji kena di kota, jadikan NTV7 media talivisyen yang mengabungi Semenanjung dengan kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak..


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.