Ingin saya bertanya mengapa Project IC atau lebih senang dipanggil, Projek Mahathir, dibiarkan begitu sahaja di Sabah?

Ingin saya bertanya PM kita apakah masalahnya jika Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menangani masalah rakyat palsu (rakyat asing) di Negeri Sabah? Mengapa kerajaan Persekutuan enggan menubuhkan Suruhanjaya Diraja atau adakah kerajaan Persekutuan takut untuk mengetahui kebenarannya?

Sejak 60an lagi Kerajaan Persekutuan telah tahu kedatangan pendatang haram ini akan memberi masalah besar kepada negara ini. Kerajaan Persekutuan bukan sahaja tahu wujudnya masalah ini, tetapi memperburukkan lagi masalah tersebut dengan projek yang hanya memenntingkan diri sendiri dan tidak menguntungkan negara. Bukah ini dianggap perbuatan mengkhianati maruah, bangsa dan negara?

Semua parti politik dan organisasi bukan Kerajaan di negeri Sabah sudah sebulat suara mahu agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan. Dengan adanya tandatangan 50,000 rakyat Sabah, bukankah ini membuktikan rakyat negeri Sabah telah terasa kepahitan mereka iaitu kehilangan hak?

Masalah rakyat palsu di negeri Sabah bukan disebabkan rakyat Sabah sendiri, ia adalah masalah kerajaan kerana tidak menandatangani rasuah dengan bijak. Kasihanilah bumiputera Sabah yang terpaksa berkongsi atau lebih teruk lagi berebut hak bumiputera dengan rakyat palsu!

Diharapkan Pak Lah dapat mewujudkan Suruhanjaya Diraja agar masalah ini dapat dibendung sebelum ia menjadi bertambah teruk.