Satu satunya badan untuk agama Hindu di negara ini, Hindu Sanggam perlu memainkan perananya lebih peka bagi kemajuan kaum India yang beragama Hindu. Jangan hanya bersuara ketika kuil-kuil yang tidak didaftar itu dirobohkan oleh kerajaan tempatan.
Hindu sanggam perlu memahami , kebanyakan kuil itu tidak didaftar dan tumbuh seperti cendawan selepas hujan.Mereka perlu mematau aktiviti yang dijalankan oleh kuil-kuil tersebut. Sedarkah Hindu Sanggam kebanyakan kuil-kuil berkenaan bergeraak tidak selaras dengan ajaran agama Hindu yang sebenar.
Mereka lebih begantung kepada unsur unsur emosi yang boleh memudaratkan anak-anak muda. Sering kali anak muda menjadi kuil ini tempat berkumpul dan memanggil roh untuk membantu menyelesaikan masalah peribadi di samping meminta nombor ekor.
Individu yang kononnya diserapi roh itu sebenarnya meminum minuman keras berlebihan. Kebanyakan aktiviti mereka tidak dapat disekat oleh pihak berkuasa tempatan kerana mereka menyangka ini adalah cara sebenar kaum Hindu bersembahyang.
Pihak berkuasa juga tidak campurtangan dalam hal ini kerana berpegang kepada prinsip rukunegara kepercayaan kepada Tuhan walhal kadang kala apa yang dilakukan oleh sami-sami itu melebihi batasan.
Oleh itu Hindu Sanggam disyorkan menetapkan satu garis panduan mengenai cara-cara sembahyang sebenar agama Hindu dan menyerahkan kepada kerajaan supaya kerajaan boleh mengambil tindakan ke atas manusia yang bertopengkan agama.
Sedarkah Hindu Sanggam tidak lama dulu saluran televisyen Discovery Channel pernah menyiarkan tindak tanduk sebuah kuil di Malaysia yang memuja roh seperti apa yang dilakukan oleh kaum 'bushmen' di hutan Afrika. Ini tidak menyenangkan rakyat negara ini kerana kita jauh lebih maju daripada kaum bushmen itu .
Hindu Sanggam tolonglah buat apa yang patut.
