Malaysiakini
SURAT

SURAT | Dilarang tunggang basikal di Pintasan Saloma, tuntun boleh

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu

Diterbitkan
Dikemaskini 25 Mac 2021, 3:06 pagi

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah merujuk satu kenyataan akhbar dari MStar bertarikh 22 Mac 2021 berhubung isu viral berbasikal di Pintasan Saloma di media sosial.

Pintasan Saloma atau Saloma Link merupakan laluan pejalan kaki bertingkat ikonik sepanjang 370 meter dari Kampong Bharu ke KLCC dengan mengetengahkan reka bentuk unik sirih junjung.

Menunggang berbasikal di Pintasan Saloma adalah tidak dibenarkan kepada pengunjung.

Namun begitu, penunggang basikal hanya dibenarkan menuntun (tidak menunggang) semasa melalui Pintasan Saloma bagi memastikan keselamatan pengunjung dan seterusnya tidak merosakkan struktur sekitar Pintasan Saloma.

Harapan PKB menjadikan Pintasan Saloma sebagai “Ikonik Pelancongan Baru” yang menjadi daya tarikan pelancong bukan sahaja di Malaysia, tetapi di peringkat dunia.

Oleh yang demikian PKB mohon kerjasama semua pengguna basikal yang melalui Pintasan Saloma agar bersama-sama mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan bersama-sama menjaga ikonik pelancongan baru di Kuala Lumpur.


Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.