Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat

Tahukan anda bahawa kematian jumlah penunggang motosikal yang bekerja sebagai penghantar barang adalah lebih tinggi berbanding mangsa Covid-19?

Setakat ini seramai 1,648 penunggang terbabit meninggal dunia sedangkan korban disebabkan Covid-19 adalah 1,365 orang iaitu lebih rendah 319 orang.

Hampir setiap hari ada saja berita kematian penunggang motosikal yang membuat penghantaran barangan dikongsikan dalam grup media sosial di kalangan pemandu e-hailing.

Saya menyeru syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing agar mempermudah proses bagi melayakkan penunggang untuk mendapatkan perlindungan sewajarnya.

Contoh terdekat, terdapat seorang penunggang yang merupakan ibu tunggal beranak tiga cedera parah selepas kemalangan semasa bertugas. Kakinya patah. Siapa yang akan membantu keluarganya?

Saya dapati 80 peratus penunggang e-hailing tidak mempunyai pengalaman seperti mat rempit. 

Namun untuk mendapatkan lebih banyak upah maka mereka terpaksa menunggang melebihi cara mat rempit.

Justeru saya menggesa pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan atau agensi lain yang berkaitan untuk memandang serius perkara ini.

Misalnya mewajibkan penunggang motosikal berhenti di tepi jalan terlebih dulu untuk mengemas kini sebarang maklumat pada peranti masing-masing sebelum meneruskan perjalanan.


CHE HASSAN CHE JOHAN ialah presiden Persatuan Penguna Melayu Malaysia (PPMM).

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS