Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat
SURAT | Tiada harga melampau? Turun padang, buat kerja

Merujuk kepada kenyataan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna (KPDNHEP) yang mengatakan tiada aduan mengenai harga barang melampau, Muda menyarankan menteri bersikap lebih proaktif.

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan 2021 hanya dilaksanakan selepas masyarakat membuat aduan mengenai harga barang mentah yang kian meningkat.

Sebagai menteri, bukan tugas anda untuk membuat pengumuman sahaja mengenai harga barang. Sehingga kini tiada polisi komprehensif untuk menggelakkan perkara ini daripada terus berlaku.

Muda ingin mencadangkan agar KPDNHEP bekerjasama rapat bersama Mafi untuk memastikan harga barang akan terus berada di tahap yang tidak membebankan, bukan untuk dua minggu sahaja berikutan implentasi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan.

Muda mencadangkan penyelesaian:

Mafi dan KPDNHEP melihat semula struktur Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) yang sepatutnya menjadi salah sumber food security negara. Suntikan dana dan pengurusan dana mapan perlu dilakukan oleh Nafas. Elak jadi seperti National Feedlot Corporation.

Kerajaan perlu mengkaji cara kreatif untuk memastikan orang tengah tidak mengambil untung atas angin yang tinggi ataupun memastikan jualan terus daripada pengusaha kepada pelanggan ataupun pengusaha kepada peruncit. Aplikasi moden seperti Shopee, Lazada dan Facebook Marketplace sudah pun menjadi medan untuk memotong peranan orang tengah. Kerajaan perlu lebih agresif mengguna pakai medan sedia ada.

Muda berharap KPDNHEP dan Mafi bukan sahaja mengeluarkan kenyataan tetapi bertindak lebih proaktif dalam memastikan harga barang berada di tahap tidak membebankan.

Fokus utama Muda adalah kebajikan rakyat yang kini menghadapi krisis demi krisis berikutan tindakan sambil lewa kerajaan menguruskan wabak Covid-19.

Muda harap barisan kabinet yang begitu besar boleh lebih pantas menguruskan negara sebelum krisis baru bermula.


AMSHAR AZIZ ialah setiausaha kerja parti Muda.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS