Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat
SURAT | Beri vaksin untuk sektor e-hailing, khidmat hantar makanan

Merujuk kepada total lockdown 3.0 yang diumumkan perdana menteri bermula 1 Jun, Armada menggesa perkhidmatan e-hailing dan perkhidmatan penghantar makanan diberi laluan awal mendapatkan suntikan vaksinasi.

Pada 29 Mei, Malaysia merekodkan kes tertinggi harian tertinggi dengan jumlah 9,020 kes Covid-19. Perkara ini bukan sesuatu yang perlu dibangga, malahan harus dibendung demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Menurut KKM, setakat kenyataan ini ditulis, jumlah pemberian vaksin Covid19-19 setakat 31 Mei ialah 3,008,429 dos. Jumlah yang terima dos pertama ialah 1,927,861 orang. Daripada jumlah itu, 1,080,568 orang telah terima dos kedua.

Berdasarkan ucapan khas perdana menteri, Bantuan 3.0 pada 31 Mei juga ada mengatakan 80,000 purata dos vaksin harian pada Mei dan akan menyasarkan 150,00 dos harian pada hujung Jun.

Oleh yang demikian, saya menyarankan kerajaan memberikan suntikan vaksin awal kepada perkhidmatan e-hailing dan penghantar makanan.

Dalam norma baharu ini, rakyat malaysia kerap menggunakan perkhidmatan penghantar makanan, sebagai contoh perkhidmatan Foodpanda, Grabfood.

Ini termasuk juga penghantar makanan Kentucky Fried Chicken (KFC) dan McDonald's(MCD).

Kemajuan teknologi perkhidmatan e-hailing tidak asing lagi dengan masyarakat pada hari ini seperti GrabCar, Maxim dan MyCar yang didaftarkan sebagai perkhidmatan e- hailing.

Berdasarkan ucapan khas perdana menteri pada 31 Mei juga, seramai 62,000 orang pemandu e-hailing kereta sewa yang telah didaftarkan.

Perkhidmatan e-hailing dan penghantar makanan merupakan individu yang berisiko tinggi mendapat jangkitan kerana pekerjaan mereka yang kerap bersemuka dengan pelanggan setiap hari.

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perkhidmatan ini dibenarkan beroperasi. Oleh itu, bagi mengekang jangkitan dan mengawal penularan Covid-19, lebih baik memberikan suntikan awal kepada e-hailing dan penghantar makanan.

Saya selaku naib ketua Armada mengharapkan kerajaan mengambil serius berkenaan perkara ini agar kualitatif kes Covid-19 dikurangkan dan rasiko jangkitan menurun.


CEASAR MANDELA MALAKUN ialah naib ketua Armada.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS