Akuilah kebenaran kata-kata Kuan Yew
Saya percaya MCA bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Lee Kuan Yew bahawa kaum Cina sedang dipinggirkan dengan sistematik. Tetapi pihak MCA (terutamanya, Ong Ka Ting) hendak menjaga periuk nasi sendiri maka mereka mengatakan apa yang dikatakan oleh Lee Kuan Yew adalah salah.
Saya juga percaya semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum akan setuju dengan isu ini. Jika ada sesiapa yang tidak setuju maka orang itu hanya sendiri menipu sendiri bagi mengekalkan keistimewaan hak mereka.
Saya memang bersetuju dengan isu yang dibangkitkan oleh Lee Kuan Yew kerana kita boleh nampak kesannya dalam pelbagai segi. Sebagai contoh, masalah SJK (C), keistimewaan Melayu, dan negara Islam serta pelajar cemerlang Cina tidak akan dapat masuk universiti kerajaan.
Dengan itu, Lee Kuan Yew tidak patutnya meminta maaf kepada Pak Lah. Sebaliknya, pihak kerajaan perlu meminta maaf kepada semua rakyat Cina Malaysia serta menghapuskan dasar-dasar perkaumannya seperti sistem kuota serta mengiktiraf negara kita adalah negara sekular dan bukan negara Islam.
Menurut perlembagaan 1957, agama Islam hanyalah agama rasmi bagi Malaysia (kecuali Sabah, Sarawak) tetapi ia tidak bermaksud Malaysia adalah negara Islam.

