Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat
SURAT | Covid-19: Bilik mayat hospital tak simpan jenazah Islam tiga, empat hari

Apa yang sedang diviralkan dalam alam maya bahawa mayat beragama Islam terpaksa disimpan tiga hingga empat hari adalah tidak benar.

Mengikut jurucakap pihak rumah mayat di beberapa Hospital di Selangor dan Kuala Lumpur yang mengedalikan kes-kes orang Islam yang meninggal dunia akibat wabak Covid-19, urusan hanya mengambil masa tidak sampai 24 jam.

Itupun kerana menunggu pengesahan mayat daripada keluarga arwah kerana mereka lambat untuk memberi pengesahan mayat pada pihak Hospital.

Urusan mengkafan mayat dibuat mengikut prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan dan seterusnya ke tempat perkebumian yang telah di atur oleh keluarga arwah.

Keluarga arwah hanya perlu membayar urusan tanah kuburan yang telah ditetapkan oleh pengurusan kuburan setempat.

Gambar fail, Che Hassan Che Johan.

Dari hospital jenazah akan di uruskan oleh pihak Jabatan Agama Islam dan juga pihak hospital tanpa apa-apa bayaran dikenakan.

Sekiranya ada pihak NGO hendak memberi bantuan itu lebih memudahkan lagi pengurusan jenazah untuk dikebumikan dengan lebih cepat lagi.

Buat masa sekarang tidak berlaku mayat-mayat orang Islam tersimpan di rumah mayat Hospital lebih dari 24 jam.


LT COL (H) CHE HASSAN CHE JOHAN ialah Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM).

Artikel ini pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminka pendirian rasmi Malaysiakini.

Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS