Menurut laporan media, isu perkauman yang dibangkitkan dalam perhimpunan agung Umno tidak perlu dibimbang kerana kaum Cina dan India juga membangkitkan isu yang sama dalam perhimpunan parti mereka, kata bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Jika demikian, sepatutnya bekas Naib Presiden Umno membuat laporan polis dan bukannya menggunakan isu tersebut untuk menjadi sebagai alasan untuk menyokong isu perkauman yang dibangkitkan oleh Umno sendiri.

Beliau juga berkata sekarang adalah era kerterbukaan, jika demikian bolehkah saya menghina orang Melayu dengan secara publik seperti Umno dalam perhimpunan agungnya? Selain itu, jika benar ia era keterbukaan, di mana kita dapat merasaai kesankannya.

Saya sendiri tidak dapat merasa apa-apa keterbukaan yang dibuat oleh kerajaan. Mana ada kebebasan media? Bolehkah saya membangkitkan isu perkauman dalam akhbar-akhbar Cina atau Tamil?

Dengan hakikat di atas, secara jelasnya Umno tidak bertanggungjawab terhadap kesalahannya. Pembangkit isu perkauman sepatutnya meminta maaf kepada semua rakyat. Ini bukan lagi soal perkauman atau keagamaan tetapi isu keadilan dan kesaksamaan.