SURAT | Parti Bangsa Malaysia (PBM) Kelantan menyambut baik keputusan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamarudin yang mengisytiharkan keluar daripada Bersatu dan akan menyertai PBM dalam masa terdekat.

Umum ketahui dia seorang menteri yang dilihat aktif dalam menggerakkan kementerian dan agensi-agensi berkaitan dalam melaksanakan agenda kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Peranannya di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi memberi impak yang besar dengan pelbagai polisi dan agenda yang diperkenalkan termasuk ketika berlaku krisis minyak sawit sewaktu perang Rusia - Ukraine yang menyebabkan minyak sawit kita tidak dapat dieksport.

Perkara ini juga dilihat sebagai tanggungjawabnya terhadap ahli akar umbi di mana mereka ini adalah bekas ahli dan pimpinan pelbagai peringkat yang bersama sejak dalam PKR lagi sebelum berlaku krisis dalaman parti.


AB AZIZ AB KADIR merupakan Pengerusi Parti Bangsa Malaysia negeri Kelantan.