Saya terpanggil untuk mencelah mengenai berita MAS concerned over loss of S'pore-KL duopoly .

Penerbangan Malaysia (MAS) patut merasa bimbang sekiranya laluan laris yang dimonopoli oleh MAS dan Syarikat Penerbangan Singapura (SIA) menjadi 'langit terbuka'.

SIA memohon laluan Kuala Lumpur-Singapura dibuka kepada penerbangan tambang murah kerana syarikat tambah murah terbabit Tiger Air adalah anak syarikatnya.

Justeru itu, keuntungan yang bakal dikaut oleh Tiger Air akan dikongsi oleh SIA. Yang pasti 'kek' sekarang terpaksa dibelah empat (MAS-SIA- Tiger Air-AirAsia).

Menteri pengangkutan Malaysia terdahulu telah menyokong SIA supaya diberi hak mendarat dan mengangkut penumpang di lima destinasi tambahan, iaitu Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching, Langkawi dan Kuantan.

Kini menteri pengangkutan menyokong pula langit terbuka antara Singapura dan Kuala Lumpur. Malaysia mengalah lagi.

Malaysia nampaknya cenderung 'menyusukan kera dihutan'. Nasib kamulah MAS.