Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma adalah undang-undang peruntukan bagi langkah-langkah khas dengan tujuan mengekalkan ketenteraman, keselamatan awam dan untuk perkara yang berkaitan". Akta ini menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

Anggota parlimen DAP RSN Rayer (Wakil rakyat Jelutong) menuntut dan menggesa supaya tahanan Sosma  sedia ada dibebaskan. Anggota parlimen itu juga berharap sementara menunggu sesi libat urus ini diadakan, semua tahanan Sosma perlu dihentikan dengan serta-merta dan mana-mana individu ditahan perlu dibebaskan. Ini bukti DAP adalah parti yang tidak sensitif dengan keselamatan negara. 

Bagaimanapun, keistimewaan ini ditindih dengan beberapa peruntukan berkanun lain yang direka untuk memberi kepada pegawai penyiasat dan untuk memaksa suspek dan saksi memberikan banyak maklumat kepada polis.

Maklumlah, Polis Diraja Malaysia mempertaruhkan nyawa mereka untuk kita setiap hari, tugas yang sukar dilakukan bagi mengekalkan keselamatan awam dan mempertanggungjawabkan mereka yang melanggar undang-undang demi menjaga keselamatan rakyat dan negara Malaysia.

Jika Sosma dipinda, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mencadangkan supaya dikembalikan ISA yang dimansuhkan dulu dengan pindaan penambahbaikkan yang dikira wajar.

Pihak keselamatan iaitu polis memerlukan instrumen yang berkesan, pantas dan tegas demi menjaga keselamatan rakyat dan negara. Cegah sebelum terlambat dan inilah semangat ISA. Oleh sebab itu Singapura masih mengekalkan ISA sehingga sekarang dan tidak mungkin akan dimansuhkan.

Semua kepimpinan parti-parti politik tidak wajar mempolitikan apa sahaja akta-akta yang diluluskan untuk pihak polis melaksanakan tanggungjawab demi keselamatan rakyat dan negara. Cakaplah apa saja, demokrasi, hak asasi dan keadilan, namun semuanya mengatasi nyawa rakyat yang tidak berdosa jika berlaku huru-hara seperti 13 Mei 1969. Sekarang ini dengan kedatangan dunia siber dan internet dan Malaysia pula negara berbilang kaum dan agama, terbukti sudah ancaman keselamatan berada seperti apa dalam sekam atau telur di hujung tanduk.

Semasa diadakan libat urus untuk pindaan Akta Sosma diadakan juga serentak libat urus untuk kembalikan Akta ISA.

Semoga Allah selamatkan Malaysia negara tercinta.


SHAHRULUFTI SHARIF ialah ketua penerangan PUTRA.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.