VCD lucah: Kajang memerlukan wira anjing
Saya merasa begitu kagum dengan kejayaan dua ekor anjing yang berjaya mengesan sidiket VCD/DVD haram di Johor. Setahun yang lepasm saya berpeluang ke Johor Bahru. Tapi saya dikejutkan dengan penjualan VCD lucah yang dijual secara terang-terangan di kaki lima kedai mahu pun sehingga di kompleks membeli belah.
Bahkan ada pintu belakang yang boleh dimasuk untuk melihat VCD/DVD. Saya hairan bagaimana mereka menjualnya. Penjualan juga boleh dibuat melalui tempahan untuk dihantar ke Singapura. Kejayaaan two ekor anjing yang berjaya mengesan VCD/DVD lucah mahupun 'movie' biasa ini telah memberi tamparan kepada pengedarnya.
Maka, dengan beraninya mereka meletakkan poster 'Wanted' bagi anjing ini untuk dibunuh. Bagi saya, mereka ini tidak lain sebagai pengecut.
Itu di Johor, bagi saya di Kajang. Tempat jualan di pasar-pasar malam seperti di Taman Bukit Mewah Fasa 6 dan Taman Jasmin pula berleluasa dengan penjualan VCD/DVD lucah ini. Saya berharap pihak berkuasa dapat memantau kegiatan ini. Tangkap tidak hanya pengedar tapi penjualnya juga.
Saya hairan kenapa mereka masih boleh menjual dengan bebas. Apakah tidak ada penguatkuasaan? Atau apakah ada unsur-unsur rasuah di kalangan penguatkuasa? Turunlah disini pula wira anjing kerana anda tidak boleh diumpan dengan rasuah!

