SURAT | Diskaun tol musim perayaan
Empat Lima hari lalu hangat pasal kemungkinan ‘raya mengejut’ bakal berulang seperti apa yang berlaku tahun lepas.Namun perkara itu juga membuka banyak mata bagaimana cara untuk menentukan hari raya ini dilakukan oleh pakar-pakar pihak berwajib.Selama ini hanya cenderung kalendar kuda yang dijadikan rujukan. Jadi kita tinggalkan perkara ini kepada pihak berwajib nanti untuk menentukan tarikh hari raya.
Tujuan utama surat ini adalah untuk mencadangkan kepada kerajaan bagi meminta diskaun tol 50 hingga 70 peratus selama dua minggu (17-30 April 2023) di semua konsesi tol kepada semua jenis kenderaan.
Kalau kita lihat tahun-tahun lepas hanya diberikan tol percuma pada hari-hari sekian tarikh seperti dua tiga hari sahaja dan tidak semua yang dapat merasainya.
Ini seperti saya dan lain-lain yang pulang lebih awal empat lima hari sebelum hari raya untuk mengelak lebuh raya yang sesak.
Kalau kita dapat lihat juga apabila hanya diberikan beberapa hari tol percuma, maka akan berlaku lambakan kenderaan dan kesesakan yang amat teruk dan membuang masa.
Mudah-mudahan apabila cadangan ini difikirkan dan dijayakan maka banyak manfaat dapat dirasai oleh semua pengguna lebuh raya.
Akan kurang kesesakan pada hari puncak iaitu dua hari sebelum 1 Syawal, pengguna akan memilih lebuh raya berbanding jalan biasa apabila diskaun tol diberikan.
Mohon juga rondaan yang kerap daripada pihak peronda tol, polis dan JPJ pada tarikh 19 hingga 22 April bagi melancarkan lebuh raya sesak.
Larang jentera berat (lori dan treler kontena) atas lebuh raya dua hari sebelum 1 Syawal atau 18-22 April kerana dijangka akan berlaku pertambahan kenderaan (saya mohon maaf kepada pemandu-pemandu jentera berat).
Ini hanya cadangan dan diharap dapat menarik perhatian dari pihak berwajib. Terima kasih.
JOHANIZAN AZIZAN ialah seorang pekerja swasta di Bangi, Selangor.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2020/01/2470ed25fe9253f459d34b9f762a126a.jpg)
