Bayangkan seorang mangsa kemalangan jalanraya yang berlumuran darah menunggu satu jam di tepi jalan untuk ambulan datang membawanya ke hospital.

Ianya berlaku bukan di hutan pedalaman yang tebal tetapi di tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur.

Ianya berlaku bukannya sebelum kita merdeka tetapi berlaku selepas 50 tahun kita merdeka.

Kasihan sungguh remaja yang kemalangan ini, terpaksa menunggu sejam untuk ambulan.

Selepas ambulan datang, ambulan pula tidak ada "stretcher", terpaksa mangsa berjalan dalam keadaan menanggung kesakitan menaiki ambulan.

Sebelum ini seorang suri rumah terpaksa melahirkan anak di depan rumah dengan bantuan anggota polis, juga kerana masalah untuk mendapatkan ambulan.

Sikap anggota PDRM yang membantu dalam kedua-dua kes tersebut harus diberi penghargaan yang sewajarnya. Selepas ini semua pihak akan menyalahkan pihak lain, tetapi lupa untuk cermin diri sendiri.

Walau bagaimanapun Kementerian Kesihatan harus menjelaskan isu ini.