Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

Saya seorang penduduk di Kajang-Bangi dan amat tertarik dengan aduan TPT tentang perkhidmatan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) yang berkelas rendah itu. Selepas 10 tahun tinggal di Kajang-Bangi, saya dapati tiada langsung peningkatan dalam perkhidmatan MPKj.

Penyelenggaraan jalan di kawasan Kajang amat mengecewakan. Masa untuk memperbaiki jalan/jambatan pun dapat dikatakan sangat tidak masuk akal. Contoh terbaik ialah jalan di depan West Country.

Jalan tersebut, walaupun dulu sudah berapa kali kelihatan diperbaiki, tetapi ia tetap berlubang dan tidak rata. Keadaan jalan itu memang sudah berlanjutan bertahun-tahun lamanya, namun MPKj tetap tidak ambil peduli ataupun buat-buat tak nampak!

Satu lagi contoh ialah tentang pembinaan jambatan pendek berhampiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), jambatan pendek itu pun memakan masa hampir setahun untuk diselesaikan. Persoalan di sini, adakah pihak MPKj tahu memilih kontraktor yang berkelayakan.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS