Muslimin dedah aurat dipuji
Ingatkah kes tiga wanita Melayu yang memasuki pertandingan ratu cantik diserbu dan didenda RM153, kalau saya tidak tersilap. Pada masa itu, ada banyak berita dan bicara hangat pasal kes ini.
Sungguh, saya tidak suka konsep pertandingan ratu cantik, tetapi kenapalah diserbu si perempuan itu? Tidak ada kerja lain yang hendak dibuat ke, sibuk sangat mencari perempuan Melayu pakai 'swimsuit'? Kenapa tidak diserbu jantan Melayu yang semestinya belambak disana? Apa, takut ke?
Di Melaka minggu ini, Encik Sazali Abdul Samad menang peraduan bina badan. Aduh, bangganya Malaysia, kembang kempis batang hidung. Saya tidak suka peraduan bina badan juga, tapi macamanapun tahniahlah kepada Encik Sazali. Bukannya senang nak jadi macam 'Incredible Hulk'!
Jadi di Malaysia, kalau Muslimah kita tunjuk aurat depan beratus ribu lelaki, dosa besar kamu tahu? Boleh masuk neraka! Kena serbulah, kena dendalah, kena masuk mahkamahlah, dihentam macam gendang orang kahwin!
Tapi kalau Muslimin kita dedahkan aurat, bukan sahaja dipuji sampai nak meletup, tapi waduh! Sampai ada majlis penutup oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Syed Ahmad Shahabuddin! Sampai datang Datuk Wira Mohamed Ali Rustam dan Datuk Seri Dr Ling Liong Sik. Megahnya Malaysia!
Agaknya Muslimah kita tidak senang dipengaruhi deretan lelaki pakai 'cawat'. Kuat iman kita ya? Tetapi Muslimin kita lain pula ceritanya. Punyalah lemah, tidak boleh tengok perempuan berpakaian mandi? Kalau ada perempuan Melayu - siaplah! Ada pulak yang 'tidak tahan' nanti!
Kenapalah bodoh sangat?
Raven R Rascal
USA


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.