Paling Popular
Terkini

Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengarahkan mantan Perdana Menteri Mohd Najid Abdul Razak untuk membela diri bermula 2 Disember ini, Kelab Sahabat Najin 87 (KSN87) begitu bersimpati dengan nasib yang sedang dihadapi beliau. 

KSN87 berpendirian tegas dan kami sentiasa berdiri teguh di belakang Najib. 

Bagi kami, beliau seorang pemimpin yang cermat dalam melaksanakan tugasnya baik, sebagai perdana menteri, presiden Umno dan pengerusi 1MDB.

Beliau seorang yang bertanggungjawab dan memberi kepercayaan penuh kepada orang bawahnya untuk melaksanakan tugas termasuk pengurusan 1MDB. 

Abdul Rahman Bakar

Justeru, kepercayaan berkenaan membuatkan Najib tidak pernah membuat laporan kepada pihak berwajib di atas kepincangan pengurusan 1MDB.

Selain itu, banyak pihak bertanya, kenapa tidak ramai pemimpin tertinggi Umno dan ketua-ketua bahagian Umno yang hadir untuk memberi sokongan moral kepada Najib kelmarin? 

Bagi saya, tiada apa yang aneh kerana mereka sibuk dengan tugasan masing-masing. Tidak ada kerahan yang dibuat untuk tujuan itu. Namun, saya yakin bahawa mereka tetap bersama Najib. 

Berkaitan perbicaraan 1MDB, yang akan datang, saya optimis Najib akan dibebaskan berasaskan beberapa fakta dan bukti dari saksi-saksi yang dipanggil sepanjang perbicaraan itu. 

Antara penyokong yang hadir memberikan sokongan

Di samping, tidak kurang 11 orang saksi akan dipanggil memberi keterangan ketika pembelaan itu nanti. 

Saya juga ingin tegaskan bahawa KSN87 akan sentiasa memberikan sokongan moral kepada Najib dengan menyeru semua ahli  KSN87 dan ahli Umno untuk berdoa dan solat hajat di sepanjang perbicaraan Najib. 

Bagi kami, dia seorang pemimpin terbaik dan jasanya tiada siapa boleh menafikannya.

Kami berdoa, semoga Najib sentiasa sihat dah cekal dalam menghadapi kes mahkamah nanti. 


ABDUL RAHMAN BAKAR ialah presiden KSN87.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS