Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa penerimaan memorandum Suqiu oleh kabinet yang diwakili oleh MCA sebelum pilihanraya umum 1999 hanya adalah satu taktik politik, kerana takut hilang undi daripada masyarakat Cina. ([#1]PM stands by remarks likening Suqiu to 'communists'[/#], Dec 11)

Persoalannya adalah, bilakah kerajaan BN akan mengguna taktik politik ini? Adakah janji serta jaminan yang dibuat selama ini termasuk bahawa SRJK(C) dan SRJK(T) tidak akan pupus atau berubah selepas perlaksanaan konsep Sekolah Wawasan adakah suatu taktik. Siapa tahu?

Semasa MCA menerima memorandum Suqiu, sedarkah MCA penerimaaan itu hanya satu taktik? Jika ya, MCA turut mempermain-mainkan dan juga 'memperbodohkan' masyarakat cina. Jika tidak, MCA telah dimainkan.

Kerap kali, pemimpin Barisan Nasional memarahi rakyat bahawa rakyat tidak menyokong dan ada yang menentang (yang ini dianggap sebagai ektrimis) dasar-dasar yang dilaksanakan. Sepatutnya pemimpin BN perlu sedar diri mengapa rakyat tidak ada keyakinan dan memberi kepercayaan kepada Kerajaan, dan bukan memarahi kami.

Benih 'sikap tidak percaya kepada kerajaan' sebenarnya disemaikan oleh kerajaan sendiri.