Demo anti Zionis, bukan anti Yahudi
Demonstrasi Mahfuz bukanlah anti Yahudi tetapi adalah anti Zionis/Israel, kerajaan haram yang merampas tanah Islam. Keganasan mereka terhadap umat Islam tidak pernah berhenti sejak mereka mula mencerobohi Palestin.
Penulis surat [#1]Demo Mahfuz tidak demokratik[/#] (12 Dis) bacalah bagaimana mereka melakukan "genocide"/"ethnic cleansing" berpuluh tahun sebelum kes Bosnia. Kampung umat Islam diserang dan disapu menjadi padang letak kereta dan sebagainya. Yang terkini tengoklah pembunuhan kejam kanak-kanak 10 tahun Muhammad AlDurrah.
Sekarang banyak keganasan dilakukan oleh penduduk Israel sendiri dengan perlindungan askar-askar mereka. Kerajaan cuba membuang rasa kepekaan (desensitise) kita berkenaan Israel. Mula-mula pasukan sukan, kemudian perniagaan dan sebagainya. Sebab itulah demonstrasi itu perlu untuk menekankan hujah bahawa kita tidak akan redakan rejim Israel untuk selamanya. Saya tidak setuju dengan pendapat
Kata penulis, "berceramah, berdemonstrasi atau bercakap" melemahkan proses penghasilan ilmu dan teknologi baru. Bagi pendapat saya, kegiatan sebeginilah satu-satunya cara untuk mengibarkan semangat untuk mencipta teknologi baru dan bukankah ceramah satu-satunya punca ilmu?
Cubalah saudara beri luang menghadiri ceramah yang ada di masjid/surau. Tentu saudara akan sedar betapa banyaknya ilmu yang saudara telah belajar daripada kegiatan itu.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.