SURAT | Pemuda Amanah Perlis menyokong penuh usaha kerajaan dalam Sapura Energy Bhd (Sapura Energy) – sebagai sebuah syarikat strategik negara – dapat dipulihkan. Namun, bagi memastikan pinjaman yang diberi itu benar-benar memberi manfaat kepada ekonomi dan rakyat, beberapa langkah penambahbaikan perlu diberi perhatian.

Sehubungan itu, Pemuda Amanah Perlis mengemukakan cadangan berikut kepada kerajaan:

1. Dedahkan butiran pinjaman dan pelan pemulihan
* Kerajaan disaran membentangkan secara terbuka jumlah pinjaman, syarat pembayaran balik, dan sumber kewangan yang digunakan.

* Pelan pemulihan Sapura perlu dijelaskan secara terperinci agar rakyat memahami bagaimana syarikat terbabit dapat kembali stabil dan tidak memerlukan lagi bantuan kerajaan di masa hadapan.

* Sekiranya pinjaman ini melibatkan dana awam, mekanisme perlindungan perlu diwujudkan bagi memastikan wang rakyat digunakan dengan bertanggungjawab.

2. Pelaksanaan audit bebas dan pemantauan berkala
*Pemantauan ketat perlu dilakukan melalui audit oleh Jabatan Audit Negara atau firma audit bebas untuk memastikan ketelusan perbelanjaan.

* Laporan kewangan dan kemajuan pemulihan wajar dibentangkan kepada Dewan Rakyat setiap suku tahun agar prestasi syarikat dapat dipantau dan dinilai secara berkala.

* Mekanisme semak dan imbang yang kukuh perlu diwujudkan bagi mengelakkan sebarang ketirisan atau salah guna dana.

3. Penambahbaikan struktur pengurusan Sapura Energy
* Kajian menyeluruh terhadap pengurusan syarikat perlu dilakukan untuk mengenal pasti kelemahan dan mencari penyelesaian terbaik.

* Sekiranya terdapat unsur salah urus atau ketidakcekapan dalam kepimpinan, kerajaan perlu mempertimbangkan rombakan pengurusan bagi memastikan kepimpinan syarikat lebih kompeten dan berdaya saing

* Tadbir urus korporat yang lebih ketat perlu dilaksanakan bagi memastikan akauntabiliti dan profesionalisme dalam pengurusan Sapura Energy.

4. Meneroka alternatif pembiayaan selain dana kerajaan
*
Kerajaan boleh mempertimbangkan pilihan lain selain menggunakan dana awam, antaranya:

* Menarik pelaburan swasta untuk berkongsi risiko dan membangunkan syarikat ke tahap lebih kompetitif

* Jualan aset bukan strategik bagi menambah aliran tunai tanpa terlalu bergantung kepada pinjaman kerajaan

* Penswastaan separa membolehkan Sapura Energy berdikari dalam pengurusan tanpa perlu campur tangan penuh kerajaan

5. Mengukuhkan komunikasi dan keterbukaan dengan rakyat
*
Kerajaan perlu mempertingkatkan komunikasi dengan rakyat melalui sesi penerangan, laporan berkala, dan forum awam agar masyarakat memahami hala tuju bantuan yang diberikan.

* Ini akan mengukuhkan kepercayaan rakyat terhadap langkah kerajaan dan memastikan keputusan yang diambil selari dengan kepentingan negara.

6. Reformasi GLC dan tadbir urus masa hadapan
* Kerajaan boleh merangka reformasi terhadap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi memastikan ia beroperasi dengan lebih cekap, bebas daripada ketirisan, dan berdaya saing di peringkat global.

* Dasar kewangan yang lebih holistik perlu diwujudkan agar isu kebergantungan kepada suntikan kerajaan dapat diminimumkan pada masa hadapan.

Kesimpulan
Pemuda Amanah Perlis yakin pemulihan Sapura Energy adalah satu langkah strategik, namun ia mesti dilakukan dengan telus, bertanggungjawab, dan memastikan kepentingan rakyat terjaga.

Kami percaya bahawa dengan pemantauan yang ketat, ketelusan dalam pelaksanaan, serta kecekapan pengurusan, syarikat itu boleh kembali menjadi entiti yang mampan tanpa bergantung lagi kepada bantuan kerajaan.

Pemuda Amanah Perlis akan terus menyokong usaha kerajaan dalam memastikan pemulihan ini berjaya dan memastikan setiap keputusan yang diambil benar-benar memberi manfaat kepada negara dan rakyat.


DR AHMAD FADHZIL MOHAMAD ialah Ketua Pemuda Amanah Perlis dan anggota Jawatankuasa Pemuda Amanah Nasional.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.