Paling Popular
Terkini

SURAT | Laporan penyiasatan khas Malaysiakini berkenaan skandal rasuah melibatkan Adun Sabah adalah satu daripada tiga yang disenarai pendek untuk Anugerah The Scoop dalam kategori berita tempatan/serantau oleh Society of Publishers in Asia (SOPA).

Ia merupakan sebuah pengiktirafan antarabangsa yang dalam bidang kewartawanan.

Tahniah kepada Malaysiakini. Portal berita ini memang layak meraih pengiktiran tersebut kerana dedikasi dan keberanian mereka.

Tahniah juga kepada beberapa Adun Sabah dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana berjaya “melonjakkan” nama negeri ke pentas berita antarabangsa.

Pencapian ‘luar biasa’ Adun Sabah itu pastinya akan mempopularkan negeri – untuk sebab yang salah.

Apa tidaknya, pencapaian ini bukan hasil kecemerlangan dalam membangunkan negeri atau memperjuangkan nasib rakyat, tetapi kerana terbabit dalam laporan skandal rasuah yang kini menjadi sorotan media antarabangsa.

Penyenaraian pendek berita skandal mineral Sabah untuk anugerah The Scoop sepatutnya menjadi cabaran hebat kepada pihak berkuasa.

Ia menjadi bukti jelas bahawa dunia sedang memerhati. Rakyat pula menuntut ketelusan, ketegasan, dan tindakan segera mereka.

Rakyat seseriusnya menunggu tindakan tegas pihak berkuasa.

Adakah skandal mineral Sabah akan menyaksikan satu lagi keputusan NFA (tiada tindakan lanjut) seperti kes Faisal Abdul Halim? Ia satu keputusan yang menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan rakyat.


MOHAMMAD HISYAM HAZARIL ialah Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Sabah.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS