Menurut berita daripada Bernama berhubung sumber dalaman telah memberitahu bahawa ada kemungkinan pendakwaan akan dilakukan terhadap beberapa Adun dalam tempoh terdekat yang terlibat dalam skandal rasuah lesen perlombongan mineral di Sabah.
BACA BERKAITAN:
Skandal rasuah Sabah: Beberapa individu mungkin didakwa - sumber
Maklumat ini turut disahkan oleh Ketua Persuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, beliau berkata kemungkinan ada pendakwaan lagi terhadap beberapa individu lain.
Oleh yang demikian, kenapa sumber yang mendedahkan maklumat penting tersebut kepada media?
Kenapa bukan SPRM yang panggil sidang akhbar atau mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menjelaskan hasil siasatan dan keputusan kes tersebut kepada masyarakat jika ia adalah benar?
Skandal rasuah yang berlaku adalah kes besar terutamanya bagi rakyat Sabah.
Apabila maklumat daripada Peguam Negara didedahkan oleh sumber yang tidak dapat mengesahkan kesahihan maklumat tersebut telah menjadi kekeliruan kepada masyarakat, orang ramai berasa sangat kecewa dengan kecekapan SPRM dalam menangani kes ini.
Skandal rasuah tersebut didakwa melibatkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Speaker DUN Datuk Seri Kadzim Yahya dan 8 ADUN Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Adakah sepuluh orang tersebut telah dipanggil semula untuk disiasat oleh SPRM seperti apa yang dikatakan oleh Azam Baki pada 22 Mei lepas berhubung laporan forensik berkaitan sepuluh klip video dakwaan perbincangan dan pengakuan kegiatan rasuah.
Sejak 22 Mei sehingga kini tidak nampak sebarang media melaporkan bahawa sepuluh orang Yang Berhormat “YB” tersebut atau mana-mana individu yang terkait telah hadir ke SPRM untuk disiasat semula.
Justeru itu, bagaimana SPRM dapat melengkapkan kertas siasatan tersebut dan dihantar kepada Peguam Negara? Kenyataan daripada sumber tersebut serta pengesahan daripada Azam Baki adalah bercanggah dalam hal ini, ada sesuatu yang tidak kena.
SPRM sepatutnya tidak buang masa lagi kerana kes ini mempunyai bukti dan fakta yang kukuh, ambil tindakan tegas tuduh YB-YB yang terlibat rasuah ke mahkamah supaya mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia terhadap SPRM.
DUNCAN CHENG presiden NGO Sabah Entitlement and Equity Now.
Artikel ini pandnagan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.
