Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat
SURAT | Ada saluran pelacuran, judi, penipuan, tapi Edisi Siasat yang disekat

Armada Bersatu Malaysia mengecam tindakan kerajaan menyekat akses kepada laman Telegram Edisi Siasat

Tindakan ini menimbulkan persoalan sama ada kerajaan sedang cuba untuk menutup maklumat berkenaan skandal-skandal yang melibatkan mereka dengan menyekat kebebasan mendedahkan maklumat.

Edisi Siasat adalah satu saluran Telegram yang telah memainkan peranan penting dalam mendedahkan salah laku dan penyalahgunaan kuasa yang jarang mendapat liputan media arus perdana. 

Penyekatan ini memberi isyarat jelas bahawa kerajaan tidak bersungguh-sungguh dalam usaha untuk memerangi rasuah dan salah guna kuasa.

Lebih membimbangkan, berdasarkan laporan awam terdapat banyak saluran Telegram yang mempromosikan aktiviti jenayah seperti pelacuran, perjudian haram dan penipuan dalam talian yang masih bebas beroperasi tanpa sebarang sekatan. 

Kerajaan seharusnya menumpukan usaha mereka kepada saluran-saluran yang terlibat dalam jenayah secara terang-terangan seperti ini, bukannya menyekat saluran yang berperanan sebagai pendedah maklumat seperti Edisi Siasat.

Kegagalan kerajaan untuk menarik balik sekatan terhadap saluran Telegram Edisi Siasat ini hanya akan menguatkan persepsi rakyat bahawa kerajaan yang memerintah kini takut kepada kebenaran, tidak komited membanteras rasuah, dan cenderung untuk menyekat kebebasan bersuara demi menjaga kepentingan politik mereka.


NA'IM BRUNDAGE adalah pengarah Jabatan Komunikasi dan Media Baru Exco Armada Bersatu.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS