Soalan untuk Menteri Pendidikan
Orang ramai hairan mengapa isu SRJK(C) Damansara telah berlarutan sekian lama tanpa penyelesaian munasabah.
Musa Muhamad selaku menteri pendidikan harus menjawab soalan-soalan kunci berikut:
1) Mengapa SRJK (C) Damansara tidak boleh diteruskan persekolahannya di lokasi yang asal, yang mana bangunan sekolah itu didirikan oleh penduduk tempatan sendiri?
2) Lokasi itu akan digunakan untuk tujuan apa jika ianya dikosongkan nanti? Apa salahnya jika pindahan sekolah itu ditunda sehingga kegunaan lokasi itu diketahui/ditetapkan nanti?
3) Mengapa sekolah kerajaan boleh didirikan bagaikan tumbuhnya cendawan selepas hujan di sana-sini, sedangkan sekolah Cina tidak diizinkan ditambah walau sebuahpun, untuk menampung budak-budak sekolah yang kian bertambah di sekitar kawasan itu?


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.