Berita Utusan Malaysia semalam melaporkan bahawa Timbalan Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi dengan Perdana Menteri Singapura Goh Chok Tong mencapai persefahaman tentang pengwujudan terowong bawah tanah untuk 'Mono-Rail Transit' di antara stesyen keretapi di Kranji dan Johor Bahru. Dari segi pengangkutan ia memang 'excellent' kerana dapat mencepatkan perjalanan dan mengurangkan kesibukan.

Namun begitu kita perlu berwaspada dengan niat disebaliknya. Dari segi keselamatan tentera Republik Singapura hanya memerlukan masa 30 minit untuk sampai ke Johor Bahru tanpa dikesan. Apabila telah dikesan saya rasa hampir separuh bandar JB mungkin telah ditawan.

Memang Umno tidak habis-habis menggadaikan negara. Tidak cukup dengan itu, perjanjian air disambung lagi. Orang Johor ada yang belum dapat air paip, tahu?

Tetapi sayang, semua perkara ini tidak dilihat orang Johor. Boleh kita katakan orang Johor rabun politik kerana dia celik awal sangat (Umno ditubuhkan di Johor). Terus-terang boleh dikatakan orang Johor terlalu ketinggalan dari penduduk negeri lain dari sudut kesedaran politiknya.