SURAT | RON95: Kerajaan peka, kata Amanah PP
Pemuda Amanah Negeri Pulau Pinang menyambut baik langkah berani yang diumumkan oleh Perdana Menteri bersama kerajaan Malaysia untuk menurunkan harga RON95 kepada RM1.99 seliter kepada semua rakyat Malaysia bermula 30 September ini.
Inisiatif ini jelas membuktikan bahawa Kerajaan Madani bukan sahaja peka terhadap denyut nadi rakyat, malah berusaha memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat manfaat secara terus.
Keputusan memberikan akses lebih awal kepada anggota polis, tentera serta penerima STR juga mencerminkan penghargaan terhadap golongan yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan negara.
Langkah ini hadir pada waktu yang tepat, ketika dunia berdepan cabaran ekonomi global yang tidak menentu. Ia sekali gus menjadi bukti bahawa Malaysia mampu berdiri dengan yakin, berkat dasar ekonomi yang inklusif serta keberanian politik untuk mengutamakan rakyat.
Lebih penting lagi, pelaksanaan mekanisme baharu ini akan mengelakkan ketirisan subsidi dan mengekang aliran keluar tunai negara. Dengan itu, setiap sen peruntukan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat yang layak, sekali gus memastikan keadilan pengagihan hasil negara.
Pemuda Amanah Negeri Pulau Pinang yakin bahawa keputusan ini akan memberi suntikan semangat baharu kepada rakyat untuk terus bersama kerajaan dalam membina Malaysia Madani yang makmur, adil, dan sejahtera untuk semua.
MUHAMAD KHAIRUL MOHD ALI adalah ketua Pemuda Amanah Negeri Pulau Pinang.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2021/01/f55db83879f1cb58b723c0151624aca7.jpg)

/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2021/01/f55db83879f1cb58b723c0151624aca7.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/01/3530c9d9f39e832e424710dd75bc5698.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2020/01/855354c591ad20e6a8e11d6cf5726082.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/09/a9c82b9c7e6cd4ed926e42c990430cb5.png)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/10/e57d7dfeef3dfd4ad1c2f263d6b9854f.jpg)