Pada pendapat saya, malaysiakini tidak akan bebas sepenuhnya sekiranya kebebasan media diberikan 100 peratus oleh kerajaan kerana pada masa kini pun kelihatan malaysiakini dikawal oleh Parti Rakyat Malaysia.

Sebagai contoh, tidak mungkin begitu ramai orang Melayu yang cerdik pandai boleh memilih isu Anwar Ibrahim sebagai isu utama yang patut dibincangkan di dalam pertemuan Umno-PAS. Adakah dengan membincangkan soal nasib Anwar atau membebaskan bekas timbalan perdana menteri yang bersalah itu maka PAS dan Umno akan membubarkan parti mereka dan menubuhkan parti Melayu yang baru?

Apakah selama ini sewaktu Anwar di dalam kerajaan dulu, PAS dan PRM 100 peratus menyokong Umno? Sebenarnya malaysiakini ialah alat yang tidak bebas daripada cengkaman puak refomasi. Maka saya percaya bahawa segala pendapat pembaca yang disiarkan di sini yang 99.9 peratus membangkang kerajaan adalah ditulis oleh orang malaysiakini sendiri.

Bagi saya, kita buatlah apa yang kita suka di dunia ini, tetapi ingat kita semua yang mengaku beragama Islam akan mati dan akan mengadap Allah, maka bertanyalah kepada hati kita adakah usaha menerbitkan malaysiakini ini dengan niat kerana Allah untuk menyatukan orang Islam/Melayu atau untuk kepentingan individu atau puak. Harap maaf.