Umno sebenarnya bukan lemah sebagaimana disangkakan. Itu adalah tuduhan untuk melemahkan orang Melayu dalam Umno. Kelemahan Melayu sebenarnya ialah kerana sikap dan dasar PAS yang memecahbelahkan Melayu. Kelemahan Melayu jelas terjejas. PAS terpaksa bergabung dalam Barisan Alternatif untuk memenangi banyak kerusi dalam pilihanraya umum tahun 1999. Kemenangannya tidak ke mana.

Melayu bernasib baik DAP kalah teruk. Jika DAP menang, PAS tidak boleh lantang suara lagi. Tengok sahaja di Terengganu: PAS tidak dapat bersuara lantang, kerana tiada 'modal'. Memandang akan kelemahan Melayu kerana berpecah-belah, ada yang dalam PAS, ada dalam Umno dan ada dalam Parti Keadilan.

Jika ramai pengundi Melayu yang kurang sedar akan kelemahan Melayu, PAS dan Keadilan tidak akan kuat juga untuk memerintah Malaysia akan datang. Mereka hanya ada pengaruh di Semenanjung sahaja. Ertinya, mereka tidak usah bermimpi hendak membentuk kerajaan.

Sebaliknya Umno dalam BN akan dan masih mampu memenangi pilihanraya akandatang pada tahun 2004, tetapi majoritinya lebih kecil.

Jadi jika Umno lemah dalam BN, maka akan timbullah tuntutan dari mereka seperti [#1] Suqiu [/#] ( Nota Editor

: Ungkapan Suqiu bermakna 'rayuan') dan mungkin juga ada tuntutan baru.

Jika Melayu lemah dan tidak bersatu sekarang, Melayu juga akan rugi kelak! Melayu mesti bersatu jika mereka mau mengekalkan keadaan yang mereka sedang kecapi sekarang.