Jangan gempar pertemuan PAS-Umno
Rakyat Malaysia, tidak kira penyokong mana-mana parti kerajaan atau pembangkang tidak sepatutnya gempar dengan pertemuan peringkat tertinggi parti Melayu terbesar di negara ini.
Meskipun pertemuan itu nanti ditemakan sebagai 'Perpaduan Melayu', tetapi sebenarnya adalah untuk mengurangkan 'politicking' di peringkat orang Melayu dan seterusnya untuk menunjukkan kepada dunia terutamanya para pelabur-pelabur asing, yang pada masa kini mulai menjauhi diri dari memasuki sebarang pasaran di Malaysia. Sebabnya mudah! Pada kaca mata pelabur-pelabur asing, Malaysia sekarang ini tidak lagi mempunyai kesetabilan politik.
Untuk itu sama ada orang PAS/Umno mahu tidak mahu terpaksalah menerima pertemuan ini sebagai wadah 'politik cari makan'. Jika tidak, barangkali ramai di kalangan kita akan tidak makan nanti, kerana ketiadaan perkerjaan/sumber pendapatan.
Cuma sedikit nasihat kepada pentadbir negara daripada Umno, janganlah melaungkan slogan kosong bahawa ekonomi negara ini sudah pulih. Teknik yang sebegini sudahpun diamalkan oleh VOC (Syarikat Hindia Timur Belanda) yang menipu pemegang sahamnya di Belanda kononnya VOC memperolehi keuntungan berjuta-juta ringgit setiap tahun.
Akhirnya, apabila kerugian sudah tidak mampu ditutup, maka terjadilah sistem ngeri kepada rakyar Indonesia iaitu Sistem Tanaman Paksa. Apakah nanti kita rakyat Malaysia akan terpaksa menghadapi sistem yang sedemikian bentuknya dengan beberapa pindaan dibuat untuk disesuaikan dengan keadaan?
Moga pertemuan pemimpin tertinggi Umno-PAS membawa hasil yang memberkati seluruh rakyat Malaysia.
Go to 'Letters Page' for more letters.

