Paling Popular
Terkini

Saya menyambut baik pelantikan Hannah Yeoh sebagai menteri Wilayah Persekutuan dan menyifatkan pelantikan beliau ibarat sirih pulang ke gagang.

Tidak timbul soal perkauman apabila menteri dan timbalan menteri berbangsa Cina kerana posisi menteri Wilayah Persekutuan adalah sebahagian dari portfolio bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Setakat ini terdapat tiga menteri lain berbangsa Melayu di bawah portfolio sama iaitu Azalina Othman Said, Zulkifli Hassan dan Mustafa Sakmud.

Justeru itu tidak timbul soal rasis kerana jawatan timbalan menteri wilayah juga baru diwujudkan bagi mengimbangi komposisi pengundi Cina yang agak tinggi di Wilayah Persekutuan khususnya di kawasan bandar seperti Kepong, Bukit Bintang, Cheras, Seputeh dan Segambut.

Pertukaran Menteri Wilayah Persekutuan beberapa kali sebelum ini menyaksikan posisi menteri diisi oleh mereka yang bukan dari kalangan anggota parlimen di Wilayah Persekutuan.

Kali terakhir menteri Wilayah dipimpin oleh anggota parlimen dari Wilayah adalah ketika Tengku Adnan Tengku Mansor menjadi menteri yang menamatkan tugas pada 2018.

Sehubungan itu saya yakin pelantikan Hannah akan memberikan nilai tambah kepada Wilayah kerana beliau adalah pemimpin tempatan yang merupakan anggota parlimen Segambut.


SYED BADLI SHAH SYED OSMAN adalah ketua PKR Cabang Titiwangsa.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS