Secara rasmi untuk tidak bersengketa secara fizikal lagi ialah pada detik-detik Malayan Union hendak diwartakan oleh British. Perdamaian di antara kaum Melayu di peringkat antarabangsa pula bemula agak lewat sedikit, iaitu selepas pemimpin Malaysia dan Indonesia berjabat tangan untuk tidak berkonfrantasi lagi hingga sekarang.

Sebelum munculnya proses penentangan terhadap Malayan Union, tidak mungkin boleh berlaku penyatuan semua orang Melayu, merentasi semua halangan sempadan politik kuno, geografi, suku kaum dan logat bahasa sehingga boleh membawa kepada terdirinya sebuah negara dengan sempadan bersama yang belum pernah wujud dalam sejarah di rantau Semenanjung Melayu ini.

Ini adalah satu fenomena di luar jangkauan orang Melayu sendiri. Sendainya boleh dihidupkan kembali raja-raja Melayu dahulu, ketua-ketua kaum dan pahlawan-pahlawan Melayu, mereka pasti merasakan ini tidak mungkin boleh boleh masuk akal. Yang mereka tahu ialah orang Melayu kerap bersengketa di dalam hidup mereka sejak zaman sebelum Islam lagi.

Kesimpulannya ialah mercu sejarah perpaduan orang Melayu ialah semasa penentangan terhadap Malayan Union dan seterusnya perjuangan untuk mencapai kemerdekaan.

Detik ini menandakan berlalunya zaman romantis orang Melayu.

Maka penerusan proses penyatuan orang Melayu ini mestilah dalam bentuk baru, iaitu berdasarkan intelek dan kepercayaan. Kita sudah masuk zaman alaf ketiga. Jikalau ada cubaan untuk mengingatkan kembali kepada zaman romantis lama, banyak perkara yang akan mengaibkan orang Melayu sendiri.

Orang Melayu harus mempercayai bahawa benteng terakhir manusia ialah pemikiran dan keimnanan. Islam sendiri mengalakkan manusia untuk berfikir. Jikalau fikiran manusia sentiasa ditekan, maka orang Melayu hanya kelihatan sahaja bersatu.

Oleh kerana tahap pendidikan dan pemikiran orang Melayu sekarang sudah tidak seperti dahulu lagi, isu perpecahan di kalangan mereka yang diperbesarkan sekarang sudah tidak boleh diterima logik lagi. Segala ciri bersama yang ada dalam diri setiap orang Melayu itu menjadi faktor upaya untuk mereliasasikannya sekiranya timbul sebarang krisis di masa akan datang.