Membenci kerajaan bagai merosakkan diri
Malaysiakini hanya menghendaki pembaca membenci kerajaan. Kenapa terlalu banyak yang tidak puas hati? Mengutuk pemerintahan negara sendiri seolah-olah diri sendiri terlalu sempurna. Bukannya menghendaki orang cintakan negara.
Saya berusia awal 20an, bukanlah dari mana-mana pihak cuma suara kecil rakyat sahaja. Masalahnya saya melihat kaum saya bergaduh sesama sendiri, sedangkan kaum lain hanya tersenyum melihat kita. Memperjuangkan Islamkah namanya?
Tolonglah hentikan semua ini. Kalau tidak puas hati, bukan ini caranya. Selesaikanlah secara bijaksana. Orang di kampung umpamanya, mereka tidak tahu apa-apa, lainlah orang di bandar.
Dan janganlah disebabkan kepentingan diri kaum sendiri menjadi mangsa. Kalau setakat hendak mengutuk kerajaan dan bukannya hendak memikirkan macam mana nak selesaikan masalah negara, hentikanlah semua ini.
Saya sayangkan negara saya. Saya tidak mahu negara kita porak peranda. Bersyukurlah apa yang kita semua perolehi sekarang. Sekiranya laman web begini cuba merosakkan minda untuk membenci kerajaan, umpama kita telah cuba merosakkan diri sendiri.
Saya cuma tidak mahu orang lain cuba mengaut keuntungan di atas kebodohan kita sendiri. Cukuplah dengan apa yang sudah berlaku dan janganlah cuba mengeruhkan keadaan.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.