Most Read
Most Commented
Read more like this

Semua orang seronok bila perdana menteri mengisytiharkan Thaipusam sebagai cuti umum di Kuala Lumpur (KL) dan Putrajaya. Orang Melayu pun seronok, terutama yang bekerja di KL dan Putrajaya. Bukan sebab hendak menyambut Thaipusam, tetapi sebab cuti, tidak payah pergi kerja.

Tahniah kepada penganut agama Hindhu kerana suara mereka mendapat perhatian pemimpin negara. Cumanya sekarang, KL dan Putrajaya sudah lebih satu hari cuti umum berbanding negeri-negeri lain. Adakah negeri lain juga akan minta tambahan cuti umum, atau KL dan Putrajaya akan menarik balik satu hari cuti umum dari cuti lain?

Apakah budaya cuti umum ini akan menjadikan rakyat Malaysia malas, sekiranya jumlah cuti umum untuk setahun tidak dikawal?

Berbalik kepada umat Islam di Malaysia. Kenapa tidak ada desakan dari mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) Islam, cendekiawan Islam, serta individu Islam kepada kerajaan supaya cuti umum Hari Raya Aidil Adha selama empat hari.

Apa rasionalnya? Sebenarnya Hari Raya Aidil Adha sepatutnya disambut empat hari berturut-turut. Di samping itu, ia juga lebih memudahkan lagi umat Islam melakukan ibadah korban tanpa perlu mengambil cuti tahunan.

Tidakkah ini akan menambahkan lagi bilangan cuti umum di Malaysia? Tidak. Sebenarnya kita boleh tukar cuti umum kebesaran Islam yang lain dengan cuti Hari Raya Haji. Kita boleh tukar dengan cuti Maal Hijrah, cuti Maulid Nabi dan cuti Israk Mikraj.

Sambutan Maal Hijrah, Maulid Nabi dan Israk Mikraj bukanlah sambutan perayaan Islam, tetapi hari sambutan kebesaran Islam. Sedangkan Hari Raya Aidil Adha ialah sambutan perayaan dan sambutan hari kebesaran Islam.

Lagipun sambutan Maal Hijrah dan Maulid Nabi masih boleh diteruskan dengan disertai oleh kakitangan swasta dan kerajaan, kerana selama inipun ada di kalangan mereka dikerahkan untuk menyertai acara sambutan walaupun hari tersebut adalah hari cuti umum.

Kita bukan menuntut tambahan cuti umum, kita juga bukan menuntut hak cuti umum penganut agama lain. Kita cuma menuntut ditukar cuti umum hari perayaan dan kebesaran Islam. Bolehkah kita umat Islam di Malaysia membuat perubahan ?

Tepuk dada, tanya iman.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS