Ramai orang kerap membuat falasi sebegini: Pembangunan dan kemakmuran yang dibawa oleh kerajaan sekarang adalah berpunca dari kejayaan pimpinan mereka.

Tetapi bukankah itu tanggungjawab mereka? Kita yang mengarahkan mereka berbuat begitu. Kalau bukan kerana kita yang memilih mereka, siapa mereka sekarang?

Pekerja lupa jasa majikan yang dengan penuh kepercayaan mengambilnya bekerja dan sekarang terpaksa pula berterima kasih kononnya sebagai membalas jasa baik pekerja. Siapa agaknya yang membayar gaji pekerja itu? Siapa yang memberi peluang sebesar itu yang sebenarnya?

Saya tidak berminat dalam politik, tetapi ini tidak bermakna saya tidak tahu apa itu politik. Tengok sahaja isu penggiliran ketua menteri di Sabah, sah atau tidak? Pandai pekerja kita beri peluang semua pekerja bekerja di bawah satu majikan. Di mana orang-orang celik politik kita? Berdiam, tidak membetulkan keadaan, tetapi berterusan berterima kasih kepada 'pekerja'? Sudah masanya kita cari pekerja baru!