Kenyataan wakil rakyat mengejutkan
Saya sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab serta perihatin sangat terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh seorang wakil rakyat yang dipilih oleh pengundi Ahli Dewan Undangan Negeri Kg Medan, iaitu Norkhaila Jamaluddin ([#1] Taman Lindungan clash not racial [/#], March 9).
Kenyataan beliau berbau perkauman, tidak rasional serta tidak mementingkan sensitiviti kaum lain. Walau apapun yang meyebabkan tercetusnya keadaan sebegini, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegini yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.
Saya juga bersetuju dengan cadangan pemimpin DAP Lim Kit Siang yang menyeru agar pihak Peguam Negara meniliti kenyataan yang dibuat oleh Norkhaila Jamaluddin sama ada ia menggugat kestabilan dan keamanan negara serta tindakan yang patut diambil terhadap Norkhaila ([#2] Police urged to tell all on Kg Medan clashes [/#], March 12).
Beliau sebagai pemimpin yang mewakili serta dipilih oleh rakyat yang berbilang kaum sepatutnya meminta maaf atas kenyataannya yang tidak bertangungjawab serta menumpukan cara yang terbaik untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum serta agama di kawasannya.

