Menteri kita muncul dalam Berita Jam 8. Pembangunan sukan motor mesti dikembangkan lagi, kata beliau, kalau hendak ada juara F1 kita sendiri. Kita mesti latih dari peringkat kanak-kanak lagi, hari minggu pergi 'race go-kart'. Kalau tidak latih tiadalah Schumacher Malaysia.

Tapi minggu ini, sebab tiket yang mahal itu sudah tidak laku, 'no live broadcast!' Sorry , TV3. Kasihan, adik-adik yang minat F1.

Aduhai bapak menteri, bukan semua orang mampu beli tiket dan Perlis itu bukan sejam dari Sepang.

Satu soalan: Kenapa tiket F1 di Amerika Syarikat hanya US$10?