Ada beberapa perkara yang saya tidak faham mengenai langkah-langkah pemulihan ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ([#1] Two percent cut for workers' EPF contribution [/#], March 27). Di antara peranan yang boleh dimainkan oleh kita ialah meningkatkan perbelanjaan bagi menjana ekonomi Malaysia. Ini dibantu oleh kerajaan dengan mengurangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada 9 peratus berbanding 11 peratus seperti sekarang dan yuran tahunan RM50 bagi kad kredit dimansuhkan.

Akan tetapi sebelum kita diminta membelanjakan hasil titik-peluh kita ini, kita telahpun diminta untuk membayar lebih bagi perkara-perkara yang sememangnya keperluan harian kita iaitu air dan petrol. Harga kereta nasional yang telah sedia mahal itu turut telah dinaikkan.

Persoalannya ialah mengapa kita digalakkan berbelanja lebih sedangkan kita terpaksa membayar lebih di antara 20 hingga 70 peratus perbelanjaan sedia ada bagi air yang kita gunakan? Mengapa kita digalakkan melancong di dalam negeri sedangkan harga minyak dinaikkan 10 peratus? Mengapa kakitangan kerajaan digalakkan menukar kereta setiap lima tahun sedangkan harga kereta nasional dinaikkan atas alasan sudah lama tidak dinaikkan? Mengapa kita digalakkan menambah hutang dengan memudahkan penggunaan kad kredit di kala kita khuatir tentang masa depan ekonomi negara kita ini?

Entahlah... saya diajar oleh ibubapa saya agar berjimat semasa senang bagi kemudahan semasa susah.