Projek rakyat hanya untuk segelintir
Khal mengkritik projek Skim Pembelian Komputer KWSP hanya apabila secara peribadi menerima 'bahangnya' ([#1] Pos M'sia penggap duit belian komputer [/#], 24 Mac). Sekiranya penulis tidak merasa padah skim tersebut, penulis pasti akan menyokong skim tersebut seratus peratus sebagai satu usaha murni kerajaan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad untuk membela nasib rakyat terbanyak.
Untuk makluman penulis, kebanyakan projek yang dilaksanakan oleh kerajaan Mahathir (seperti F1, Menara Petronas, Bakun, Perwaja, KLIA, Putrajaya, Kereta Nasional, Skim Pembelian Komputer KWSP dan banyak lagi) bukan untuk rakyat seperti kita tetapi untuk segelintir manusia yang terpilih. Kalau diselidik siapa yang meraih keuntungan dari projek-projek ini, pembaca akan faham apa yang saya maksudkan. Kita rakyat jelata hanyalah mangsa atau alat untuk mencapai dan memuaskan nafsu serakah mereka.
Lihatlah bagaimana kerajaan Mahathir menangani isu MAS, LRT dan Time dotCom baru-baru ini. Bolehkah apa yang dilakukan oleh kerajaan Mahathir di dalam isu-isu MAS, LRT dan Time dotCom ini dikatakan sebagai mengambil kira kepentingan negara dan kita rakyat jelata? Kaji dan jawablah sendiri.
Harapan saya semoga selepas ini rakyat berhati-hati sebelum memberi sokongan kepada kerajaan Mahathir. Kata nenek-moyang kita, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.